Wednesday, February 10, 2010

Wanita

Salam kepada pembaca yang dikasihi sekalian..

Sudah lama ana tak update blog ini.Kali ini ana ingin berkongsi ilmu dengan sahabat sekalian.Apa yang ana nk kongsi adalah kehidupan remaja.Kita sebagai remaja sentiasa diberi ujian iaitu mengenai perasaan.Sudah lumrah sebagai manusia,kita ingin disayangi dan diberi perhatian.Tetapi ke manakah kita menyalurkan perasaan ini?Adakah kita menyalurkan terhadap orang yang bukan muhrim dengan kita?Adakah terhadap keluarga dan sahabat-sahabat kita?Di sini ana timbulkan beberapa persoalan.

Ya,kebanyakan remaja zaman sekarang masing-masing mempunyai teman istimewa.Bahkan pelajar tingkatan satu pun sudah pandai bercakap bab cinta.Kita boleh lihat di kompleks membeli-belah,taman bunga dan restoran mereka berjumpa tanpa pengetahuan ibubapa.Perlulah kita sebagai khalifah bertanggungjawab menegur mereka.

Apa yang istimewa yang ingin kongsikan adalah mengenai keistimewaan kita sebagai wanita.Wahai sahabat-sahabatku,bahawa wanita-wanita yang beriman itu menutup aurat mereka,dengan itu mereka dikenali sebagai wanita bermaruah.

Wahai wanita beriman,tundukkanlah pandanganmu,dan tutuplah auratmu.Ingatlah sahabat-sahabatku wanita hanyalah memperlihatkan perhiasan dirinya hanya kepada suaminya.Jagalah aurat kita kerana suami kita hanya boleh melihatnya.Sedarlah kita bahawa banyak mempunyai keistimewaan.

Di sini ana ambil satu perumpamaan dalam usrah ana beberapa minggu yang lalu.

Wanita ibarat epal.Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli,ia berada di puncak,susah dipetik,susah digapai.Terkadang ia risau kenapalah diriku belum dipetik.Lantas ia merendahkan martabatnyadan menggugurkan dirinya menyembah tanah.Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.Sebenarnya epal itu terlalu tinggi elok sifatnya sehinggakan tiada siapa yang berani memetiknya.Hanya pemuda yang hebat sahaja bisa memperolehinya..mungkin bukan di dunia ...asalkan cinta Illahi mengiringinya..Tak semestinya dipetik di taman dunia tapi lebih bermakna bila Allah sendiri yang mengarahkan hamba yang disayanginya untuk memetik di taman akhirat kelak.

Sama-samalah kita fikirkan perumpamaan tersebut.Maafkan ana jika ada tersalah cakap.Semoga sahabat sekalian memperoleh input yg bermakna.

0 comments: