Wednesday, April 21, 2010

Thank You

Setelah usai peperiksaan subjek Titas,ana bersama rakan ana iaitu Sakinah menuju ke arah belakang Dectar.Ana meminta pertolongan dari Sakinah agar dia menemani ana untuk check in di Hotel Lanai.Sebelum kami ke sana,ana berhajat untuk menuuaikan solat zohor terlebih dahulu dan dalam perjalanan ke dewan ana terserempak kawan baik ana.Dia memanggil ana dan ana ingatkan dia ingin memberitahu mengenai soalan peperiksaan sebentar tadi.Ana tidak mengetahui dan apabila ana melihat matanya yang menitiskan butir-butir jernih,ana mengesyaki dia di dalam kesedihan.Dia meluahkan masalahnya dan ana berharap dia bersabar kerana ana yakin ada jalan keluar bagi masalah tersebut.Kemudian,ana sempat menjamu selera di KTHO sebelum menunaikan solat.Sakinah meminjam motorsikal dari sahabatnya dan ini memudahkan kami untuk ke sana.Dalam perjalanan kami ke sana,kami tersesat dan akhirnya kami bertanyakan seorang pak cik yang menjual goreng pisang.Alhamdulilah kami selamat tiba ke destinasi kami dengan petunjuk dari pak cik tadi.Setelah check in,kami beredar dan menuju ke Warta.Ini kali pertama ana menjejakkan kaki ke warta.Selama ini ana hanya ke Kajang dengan menaiki bas rapid 430..Ana sempat membeli seutas jam tangan untuk orang yang paling pentinga dalam hidup ana.Terima kasih sahabatku,kerana menolong ana jasa kalian takkan ana lupa.Persahabatan kita bukan hanya pada waktu senang malah pada waktu susah.