Thursday, January 21, 2010

Kisah Diriku..


Bila difikir lebih elok aku membahasakan diri dengan ana yg membawa mksud saya.Lagi sopan menunjukkn kita ni ummah islam yg sejati mempraktikkan bahasa arab dlm kehidupan kita.Walaupun ana sebenarnya bukan datang dari sekolah agama.Ana selalu dianggap pelajar bidang agama mungkin disebabkan perwatakan ana.Namun sebenarnya ana rasa malu,ana bukan datang dari sekolah agama.Ana adalaha hamba yang ketandusan ilmu agama dan ana dahagakan ilmu agama.Ana dahagakan ilmu tersebut,ana akan berusaha mencari sahabat yang boleh membantu ana dalam mencari ilmu Nya.Alhamdulilah ana bersyukur sangat dipertemukan dengan insan2 yang memberi dorongan dan bimbingan terhadap ana.Terima kasih untuk kalian kerana bermula dari Matrikulasi Negeri Sembilan,ana makin sedar.Semoga hati ana ini sentiasa mencari keredhaan Mu Ya Allah.Ya Rahman Ya Rahim...Kepada sahabat2 sekalian,bersama-sama lah kita saling berpesan ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Tuesday, January 19, 2010

Oh Ibu,Oh Ayah..Rindu Pd Mu...

Aku rindu pada mu wahai ibu ku
Oh ayah aku dambakan pesanan mu
Yang tak pernah jemu menegurku
Engkau meninggalkn ku
Di saat aku ingin mengapai kejayaan
Air mata dan doa sentiasa ku utuskan
Semoga engkau tenang di sana

Ini adalah sebahagian luahan aku terhadap kedua-dua ibubapaku yang lama meninggalkan ku.Namun aku redha dengan pemergian mu.Kita di dunia hnyalah sementara hanya pinjaman sementara.Yang hidup pasti akn mati.Cuma amal kita yang dibawa.Ayahku adalah insan yg aku sayang,segala pesanan beliau amt bermakna bagiku.Ayahku seorang ustaz beliau walaupun dlm usia tua tidak pernah jemu menyampaikan ilmu agamanya.Setiap Jumaat beliau akn mengajar di dua buah masjid.Aku selalu mengikuti beliau.Ayah jasamu tetap ku kenang.Terima kasih Ayah.Aku merinduimu.Ibuku pula meninggalku di waktu aku dahagakan kasih sayang seorang ibu.Sebelum ibu meninggal dia sempat berpesan agar aku belajar sampai berjaya.Ibu,Insyaallah anakanda akn penuhi permintaan ibu.Semoga Ibu dan Ayah bahagia di sana..